Warga Indonesia dipenjara 3 bulan curi tudung
KUALA LUMPUR 28 Dis.- Seorang wanita Indonesia hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap tuduhan mencuri sehelai tudung wanita dalam sebuah surau di KL Sentral.

Nurmalasari, 37, yang berasal dari Aceh, turut dihukum penjara selama sebulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.

Majistret Ahmad Solihin Abdul Wahid memerintahkan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh wanita itu ditangkap pada 17 November lepas.

Nurmalasari mengaku bersalah mencuri sehelai tudung milik seorang wanita yang sedang menunaikan solat Zuhur di surau KL Sentral pada pukul 1 petang, 17 November lepas